Rangnick akhirnya dapat permit kerja

Ralf Rangnick - Foto AFP
Ralf Rangnick - Foto AFP
A
A
A

RALF Rangnick akhirnya diberikan permit kerja untuk memulakan tugas sebagai pengurus sementara Manchester United yang baharu menggantikan Ole Gunnar Solskjaer sehingga akhir musim.

Warga Jerman berusia 63 tahun itu dilantik pada Isnin, tetapi dia terpaksa menunggu proses kelulusan dan kertas kerja yang diperlukan untuk disiapkan.

Rangnick akan berada di tempat penonton di Old Trafford untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Arsenal, dengan Michael Carrick mengetuai United buat kali terakhir sebagai pengendali sementara.

Bekas pengendali Schalke, Hoffenheim dan RB Leipzig itu dijangka mengadakan sidang media menjelang perlawanan pertama menentang Crystal Palace minggu ini.

Manchester United selepas menentang Palace, akan mengharungi saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara di tempat sendiri menentang kelab Switzerland, Young Boys pada 8 Disember.

Kontrak Rangnick menyaksikan dia mengendalikan pasukan senior sehingga Jun dan kemudian kekal di kelab itu untuk sekurang-kurangnya dua tahun lagi sebagai perunding.

Artikel Berkaitan: