Mayat pemandu lori dibawa keluar, operasi mencari diteruskan

Mior Faridalathrash
Mior Faridalathrash
A
A
A

IPOH - Mayat terakhir membabitkan pemandu lori sayur yang terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Laluan FT 185, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley di Simpang Pulai di sini berjaya dibawa keluar.

Mangsa, Muhammad Hafiz Hamdi, 31, dikeluarkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak selepas hampir 10 jam operasi dijalankan.

Muhammad Hafiz merupakan mayat terakhir yang dikeluarkan selepas pemandu Toyota Alphard, Tan Chee Heng, 36, yang dijumpai pada jam 9.30 malam tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

No Image Caption
Play Icon

"Setakat ini hanya dua mangsa ditemui. Namun, hasil perbincangan yang diadakan bersama bomba, pegawai daerah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR), operasi ini masih diteruskan," katanya.

Menurutnya, khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dijalankan bagi mengesan mangsa lain yang dikhuatiri tertimbus.

"Operasi di lokasi kejadian berjalan lancar dan setakat ini, tiada pergerakan tanah dikesan," katanya.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Tanah runtuh: Mayat pemandu MPV berjaya dikeluarkan

Kenderaan tertimbus runtuhan tanah di jalan Cameron Highlands