X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 20 Mei 2022

Tanah runtuh: Mayat pemandu MPV berjaya dikeluarkan

Mayat pemandu MPV berjaya dibawa keluar dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai-Blue Valley, Simpang Pulai pada malam Khamis.
A
A

IPOH - Mayat pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) yang turut terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Laluan FT 185, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley di Simpang Pulai di sini berjaya dibawa keluar.

Mangsa lelaki yang dipercayai berasal dari Klang, Selangor itu ditemukan sekitar jam 9.30 malam Khamis dan berjaya dibawa keluar kira-kira 20 minit kemudian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Azmi Osman berkata, identiti mangsa bagaimanapun masih belum dikenal pasti.

Beliau berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan daripada Gua Musang, Kelantan menuju ke Pulau Pinang.

Pasukan menyelamat melalui jalan hutan untuk membawa keluar mayat mangsa untuk diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
Pasukan menyelamat melalui jalan hutan untuk membawa keluar mayat mangsa untuk diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

"Hanya seorang mangsa terlibat dalam MPV tersebut. Setakat ini hanya dua kenderaan disahkan terlibat.

"Usaha mengeluarkan pemandu lori yang ditemukan kira-kira jam 8 malam masih diteruskan oleh pasukan penyelamat," katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tanah runtuh: Mayat pertama ditemui

Kenderaan tertimbus runtuhan tanah di jalan Cameron Highlands


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!