Waris Arumugam dicari

Arumugam
Arumugam
A
A
A

KLANG - Sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Selangor People's Voice (SPV) sedang mengesan waris seorang lelaki yang meninggal dunia lebih sebulan lalu.

Pengerusi SPV, M Paramasivan berkata, mayat lelaki tersebut, V Arumugam, 56, kini berada di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

Menurutnya, mendiang Arumugam meninggal dunia di hadapan Hotel Family di Jalan Goh Hock Huat pada 31 Oktober lalu sekitar jam 10 hingga 11 pagi.

"Pihak kami sekadar ingin membantu pihak berkuasa dan HTAR mengesan waris mendiang selepas tiada sesiapa membuat laporan kehilangan dan menuntut jasadnya setelah lebih sebulan.

"Alamat terakhir mendiang adalah di Jalan Sungai Chandong, Pulau Indah, Klang," katanya.

Beliau berharap, mana-mana pihak yang mengenali mendiang boleh menghubunginya di talian 016-8605354 atau datang ke HTAR.

Artikel Berkaitan: