X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Skuasy: Malaysia bertemu Jepun di separuh akhir

Aifa Azman mengekalkan rekod bersih tanpa kalah dengan menewaskan Filipina 3-0. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Cabaran Jepun menanti kedua-dua skuad lelaki dan wanita kebangsaan pada peringkat separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia 2021 di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil esok.

Kedua-dua pasukan kebangsaan yang sudah mengesahkan slot ke separuh akhir semalam, terus menyinar pada hari ketiga apabila muncul juara kumpulan masing-masing.

Aksi kategori wanita menyaksikan skuad negara dibarisi juara Terbuka Malaysia 2021, Aifa Azman mengekalkan rekod bersih tanpa kalah dengan menewaskan Filipina 3-0.

Aifa memulakan saingan dengan mencatat kemenangan 11-1, 11-7, 11-8 ke atas Jemyca Aribado sebelum Chan Yiwen mudah menewaskan lawannya Alyssa Dalida 11-2, 11-1, 11-3.

Aina Amani terus mampamerkan prestasi cemerlang pada kejohanan itu apabila membenam cabaran Lizette Reyes 11-3, 11-6, 11-3, untuk menyumbang mata ketiga seterusnya mengesahkan kemenangan buat Malaysia

Ketika ditemui selepas perlawanan, Aifa optimis pasukan negara sudah cukup bersedia berdepan Jepun dan mampu melangkah ke pentas akhir kejohanan itu pada Sabtu.

Sementara itu, aksi skuad lelaki kebangsaan menentang Sri Lanka dalam Kumpulan B, menyaksikan pemain utama negara Ng Eain Yow menyumbang mata pertama selepas menumpaskan Shamil Wakeel dengan keputusan 11-7 dalam ketiga-tiga set.

Ivan Yuen, selaku pemain kedua pula berjaya menewaskan Ravindu Laksiri 11-7, 11-9, 11-7 dalam perlawanan sengit manakala Mohammad Syafiq melengkapkan kemenangan skuad lelaki dengan mudah menundukkan Shariff Hakeem 11-3, 11-4, 11-5.

Bercakap kepada pemberita, Eain Yow menuntut rakan sepasukan mengekalkan momentum dan strategi permainan ketika menentang Jepun seterusnya menempah slot ke pentas final.

“Kami tidak menjangka bakal bertemu Jepun di separuh akhir, tetapi kami masih perlu lebih fokus untuk menewaskan mereka esok dan percaya jika kami mengikut rancangan permainan dan tidak panik, segalanya akan baik,” katanya. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!