Tanah runtuh: Orang asli guna jalan hutan pulang ke rumah

Penduduk orang asli menggunakan laluan hutan untuk pulang ke rumah masing-masing selepas Jalan Simpang Pulai-Blue Valley ditutup akibat tanah runtuh.
Penduduk orang asli menggunakan laluan hutan untuk pulang ke rumah masing-masing selepas Jalan Simpang Pulai-Blue Valley ditutup akibat tanah runtuh.
A
A
A

IPOH - Penduduk orang asli terpaksa melalui jalan hutan untuk pulang ke rumah mereka di Kampung Pawong di sini selepas laluan Laluan FT 185, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley di sini ditutup akibat tanah runtuh.

Penduduk, Sumi Bah Kulop, 44, berkata, dia berulang-alik dengan menaiki motosikal untuk bekerja di kawasan tanah tinggi itu.

Sumi
Sumi

"Apabila tamat kerja, macam biasa kami melalui jalan ini dan ternampak kenderaan lain memberi lampu seperti amaran.

"Tidak sangka ada kejadian tanah runtuh. Kami terpaksa berjalan kaki melalui laluan hutan untuk pulang ke rumah. Tak akan hendak bermalam di sana," katanya ketika ditemui di sini pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Laluan ke Cameron Highlands ditutup

Mangsa tertimbus dipercayai pemandu lori sayur

Ekoran tanah runtuh dalam kejadian jam 1.41 petang itu, laluan berkenaan telah ditutup untuk semua jenis kenderaan.

Artikel Berkaitan:

Polis mengesahkan hanya seorang lelaki terlibat dalam kejadian itu selepas menerima maklumat daripada majikan mangsa.

Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) sedang berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dan mangsa lain yang dipercayai terlibat.