Jualan #Keluarga Malaysia di semua kawasan Parlimen Sabtu ini

Ismail Sabri (tengah) melawat gerai jualan yang terdapat pada Program Jualan Keluarga Malaysia KPDNHEP di Blok D PPR Kerinchi, Pantai Dalam hari ini. - Foto Bernama
Ismail Sabri (tengah) melawat gerai jualan yang terdapat pada Program Jualan Keluarga Malaysia KPDNHEP di Blok D PPR Kerinchi, Pantai Dalam hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menganjurkan program Jualan #Keluarga Malaysia di semua 222 kawasan Parlimen secara serentak bermula Sabtu ini sebagai antara usaha meringankan beban rakyat susulan kenaikan harga barang ketika ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada peringkat permulaan, program itu yang menawarkan barangan keperluan harian pada harga murah antara 20 dan 50 peratus disasar diadakan dua kali setiap bulan memfokuskan kepada kawasan ramai penduduk daripada golongan B40 dan M40.

"Pada peringkat permulaan, dua kawasan di setiap (kawasan) Parlimen dengan awalnya yang ramai B40 dan M40 kerana golongan itu adalah yang terkesan teruk terutama selepas penularan Covid-19," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan program Jualan #Keluarga Malaysia di Dataran Perpustakaan Lembah Pantai, di sini pada Khamis.

Program sehari itu merupakan usaha pelbagai pihak antaranya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) selain syarikat swasta.

Menurut Perdana Menteri, penganjuran program Jualan #Keluarga Malaysia itu disasar diadakan sehingga Februari depan, bergantung kepada situasi semasa harga barangan.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: