50 peratus majikan belum miliki Sijil Perakuan Penginapan

Mohd Asri (kanan) melihat tempat penginapan pekerja sempena Operasi Khas Akta 446 dan Akta 342 di sekitar Pengkalan Chepa pada Khamis. - Foto Bernama
Mohd Asri (kanan) melihat tempat penginapan pekerja sempena Operasi Khas Akta 446 dan Akta 342 di sekitar Pengkalan Chepa pada Khamis. - Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) mengenal pasti 50 peratus daripada 37,662 majikan belum mempunyai Sijil Perakuan Penginapan sepanjang operasi khas Akta 446 dan Akta 342 bermula Februari sehingga 30 November lepas di seluruh negara.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JTKSM, Mohd Asri Abd Wahab berkata, hasil daripada pemeriksaan ini, sebanyak 1,169 kertas siasatan dibuka, 134 majikan telah didakwa di mahkamah dan 817 majikan dikenakan kompaun.

"Sepanjang tempoh operasi itu dijalankan, pihaknya telah melakukan 152,652 pemeriksaan di tempat penginapan pekerja.

''Apabila melakukan pemeriksaan kami dapati tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) masih lagi rendah dan masih ada lagi majikan yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan seperti tidak menyediakan ruang tidur yang bersesuaian kepada pekerja," katanya kepada pemberita selepas Operasi Khas Akta 446 dan Akta 342 di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa, di sini, pada Khamis.

Mohd Asri meninjau tandas yang digunakan pekerja sempena Operasi Khas Akta 446 dan Akta 342 di sekitar Pengkalan Chepa pada Khamis. - Foto Bernama
Mohd Asri meninjau tandas yang digunakan pekerja sempena Operasi Khas Akta 446 dan Akta 342 di sekitar Pengkalan Chepa pada Khamis. - Foto Bernama

Mengulas lanjut, Mohd Asri menyeru agar majikan yang belum memohon Sijil Perakuan Penginapan supaya segera berbuat demikian di cawangan JTKSM yang terdekat sebelum tindakan undang-undang diambil.

"Selain itu, majikan juga perlu mengambil berat soal kebajikan pekerja masing-masing seperti tempat penginapan ini agar terhindar daripada sebarang perkara yang tidak diingini seperti wabak penyakit dan sebagainya.

Kita juga akan melakukan pemeriksaan secara agresif kerana hasrat kita mahu pastikan semua majikan terutamanya yang mempunyai pekerja warga asing mematuhi segala SOP tempat penginapan yang ditetapkan kerajaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, Mohd Asri yang mengetuai Operasi Khas Akta 446 iaitu Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan Dan Kemudahan Pekerja 1990 dan Akta 342 di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa, di sini, telah melakukan pemeriksaan ke atas dua premis iaitu kilang pembuatan besi dan pusat cucian kenderaan.

Mohd Asri (kanan) melihat peralatan harian yang digunakan dan tempat penginapan pekerja sempena Operasi Khas Akta 446 dan Akta 342 di sekitar Pengkalan Chepa pada Khamis. - Foto Bernama
Mohd Asri (kanan) melihat peralatan harian yang digunakan dan tempat penginapan pekerja sempena Operasi Khas Akta 446 dan Akta 342 di sekitar Pengkalan Chepa pada Khamis. - Foto Bernama

"Hasil pemeriksaan mendapati, kedua-dua premis ini telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 24D Akta 446 iaitu tiada perakuan penginapan, di bawah Undang-undang Kecil Rumah Tumpangan 1989 (Pindaan 2003) iaitu tiada lesen membuat penginapan, di bawah Seksyen 15(1) OSHA dan Notis Akta Kilang dan Jentera 1967 dan kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)," katanya. - Bernama