PRN Sarawak: PKR umum bertanding di 49 kerusi

No Image Caption
A
A
A

KUCHING - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak akan bertanding di 49 daripada 82 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 yang akan berlangsung pada 18 Disember ini dengan mempertaruhkan gabungan calon muka baharu dan lama.

Pemangku Pengerusi Majlis Kepimpinan Negeri PKR, Abang Zulkifli Abang Engkeh berkata, senarai penuh calon itu sedang diperinci dan dijangka diumumkan oleh parti, pagi esok.

“Kita telah mengenal pasti calon-calon kita yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, suku kaum dan pendidikan.

“Saya merasakan kali ini PKR tidak akan kekurangan pemimpin-pemimpin yang mampu melaksanakan tugas di peringkat negeri,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR Sarawak di sini, pada Khamis.

Menurutnya, antara kerusi yang masih dalam penelitian parti adalah Senadin, Kemena dan Piasau kerana masih terdapat pertindihan tuntutan di antara parti-parti pembangkang lain di kawasan terbabit.

Abang Zulkifli berkata, PKR mahu calon-calon yang bertanding pada PRN negeri kali ini benar-benar berkaliber bagi memastikan keputusan memihak kepada pembangkang.

“Selain itu, kita juga sedang memikirkan untuk mengurangkan persaingan (di antara parti pembangkang lain), jika perlu mengundurkan calon, kita akan lakukannya untuk mengurangkan persaingan (antara pambangkang) di sesuatu kerusi,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: