X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 27 Januari 2022

Cawangan KWSP di Kuala Lumpur, Labuan ditutup esok

Gambar hiasan
A
A

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menutup cawangannya di Kuala Lumpur dan Labuan esok, 3 Disember, sempena cuti umum bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, ia berkata, ahli di Kuala Lumpur yang ingin menjalankan sebarang transaksi di kaunter KWSP boleh pergi ke cawangan lain yang terdekat di Petaling Jaya di PJX-HM Shah Tower, Puchong, Shah Alam, atau Gombak.

“Selain itu, ahli juga digalakkan untuk melakukan transaksi tertentu dalam talian melalui i-Akaun,” katanya.

Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mengisytiharkan Jumaat sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan di seluruh Wilayah Persekutuan susulan kejayaan pasukan Kuala Lumpur (KL) City FC merangkul kejuaraan Piala Malaysia setelah 32 tahun penantian dengan kali terakhir kemenangan pada 1989. -Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!