X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 18 Januari 2022

Empat lelaki dicekup ketika leka curi buah sawit

Lori yang digunakan empat suspek untuk mencuri buah sawit di sebuah kebun di Jalan Kolam Machap, Alor Gajah pada Rabu.
A
A

ALOR GAJAH - Empat lelaki yang sedang leka mencuri buah kelapa sawit ditahan polis dalam kejadian di sebuah kebun sawit di Jalan Kolam Machap dekat sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, pemilik kebun berkenaan mendapati empat lelaki tidak dikenali sedang memotong buah kelapa sawit.

Beliau berkata, pemilik kebun berkenaan kemudian menghubungi polis sebelum kesemua suspek berusia 43 hingga 55 tahun ditahan.

"Bertindak atas aduan pemilik kebun itu, sepasukan anggota dari Balai Polis Durian Tunggal dan Machap Baru bergegas ke lokasi kejadian dan menahan keempat-empat mereka.

"Pemilik kebun mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan oleh seorang rakan yang ternampak kebun sawit itu telah diceroboh," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Beliau berkata, polis merampas sebuah lori dan beberapa alatan termasuk tiga batang besi panjang, cangkuk batang besi dan lapan tandan buah kelapa sawit yang berada di dalam lori.

Tambahnya, semakan lanjut mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah.

"Hasil saringan ujian air kencing ke atas semua suspek bagaimanapun negatif. Kesemua mereka kini direman dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan," ujar beliau.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!