Kenderaan tertimbus runtuhan tanah di jalan Cameron Highlands

Runtuhan tanah mengakibatkan laluan utama ke Cameron Highlands dari Simpang Pulai itu terhalang sepenuhnya pada Khamis.
Runtuhan tanah mengakibatkan laluan utama ke Cameron Highlands dari Simpang Pulai itu terhalang sepenuhnya pada Khamis.
A
A
A

SIMPANG PULAI - Sekurang-kurangnya dua individu dilaporkan terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini pada Khamis.

Kejadian sekitar jam 1.30 petang itu dipercayai berlaku apabila kenderaan dinaiki mereka tertimbus hampir 50 meter dalam runtuhan berkenaan.

Difahamkan, terdapat sebuah lori dan kereta terlibat dalam kejadian itu, namun setakat ini belum ada pengesahan dibuat.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, panggilan kecemasan kejadian itu diterima pada jam 1.44 petang.

Runtuhan tanah yang berlaku di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands dikongsi di media sosial pada Khamis.
Runtuhan tanah yang berlaku di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands dikongsi di media sosial pada Khamis.

Menurutnya, anggota dan jentera yang tiba di lokasi mendapati runtuhan tanah telah mengakibatkan laluan utama di kedua-dua arah jalan itu terhalang.

"Maklumat awal mengatakan ada kenderaan terperangkap dan terdapat mangsa dalam kenderaan tersebut," katanya di sini pada Khamis.

Setakat ini, operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan di lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan: