Harga barang naik: Cari solusi hapus orang tengah

Hee Sem menunjukkan harga sayur yang mencecah berbelas ringgit di Pasar Besar MBMB di Bachang, Melaka pada Khamis.
Hee Sem menunjukkan harga sayur yang mencecah berbelas ringgit di Pasar Besar MBMB di Bachang, Melaka pada Khamis.
A
A
A

MELAKA - Kerajaan negeri akan mencari solusi kepada punca utama kenaikan harga barang berterusan di Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Exco Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna, Ngwe Hee Sem berkata, ini kerana pemantauan dan pemeriksaan mengejut yang dilakukan pihaknya bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka mengesan terdapat produk ataupun barangan yang dijual dengan harga tinggi kerana peniaga terpaksa melalui tiga atau empat orang tengah.

Menurutnya, solusi tersebut termasuk mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) agar dapat menghapuskan peranan orang tengah.

Katanya, penglibatan orang tengah itu dimaklumkan sendiri oleh peniaga ayam, telur dan sayuran.

"Sebagai contoh, sayur bendi dijual dengan harga RM8 sekilogram di pasar itu sedangkan harga di ladang hanya RM4 sekilogram.

"Barang ini (barang basah) dari kilang atau daripada petani akan melalui orang tengah mungkin tiga hingga empat orang, dan setiap orang telah mengambil untung RM1 atau RM2 bagi satu barang jadi bila sampai di pasar mereka sudah menjual dengan harga yang tinggi.

"Kita juga telah memeriksa harga asal dan harga jualan oleh peniaga pasar, ternyata kenaikan harga barang bukan daripada peniaga," katanya selepas melakukan tinjauan di Pasar Besar MBMB Bachang, di sini pada Khamis.

Mengulas lanjut, beliau turut menyarankan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk membekalkan bahan mentah kepada peniaga bagi mengawal harga di pasar basah.

Artikel Berkaitan: