X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 19 Mei 2022

Fayadh kekal di Darul Aman musim depan

Fayadh (kanan) kekal bersama Kedah Darul Aman (KDA) FC pada musim hadapan. - FOTO KDA FC
A
A

ALOR SETAR - Penyokong Hijau Kuning boleh menarik nafas lega apabila pemain sayap yang sedang meningkat naik, Muhammad Fayadh Mohd Zulkifli Amin kekal bersama Kedah Darul Aman (KDA) FC pada musim hadapan.

Perkara tersebut disahkan oleh KDA FC dalam satu kenyataan pada Khamis sekali gus melenyapkan khabar angin bahawa sebuah pasukan di Lembah Klang bersedia untuk menebus kontrak lima tahun pemain berusia 23 tahun yang ditandatangani pada 2019 bersama pasukan tersebut.

Menurutnya, sumbangan pemain muda tersebut sangat besar kepada Hijau Kuning dan berjaya menyumbang enam gol buat pasukan walaupun beraksi sebagai 'super sub'.

"KDA FC dengan ini mengumumkan Muhammad Fayadh Mohd Zulkifli Amin kekal bersama pasukan Hijau Kuning di musim 2022.

"Sumbangan beliau cukup besar dalam mengucar-ngacirkan pertahanan lawan dalam membuat hantaran kepada rakan sepasukan seterusnya turut menjaringkan gol," katanya.

Karier Fayadh bermula dengan menjulang pasukan Majlis Daerah Kubang Pasu untuk muncul Piala Menteri Besar Kedah 2017 selain muncul sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir.

Bakatnya mula diasah selepas beberapa musim bersama pasukan Piala Presiden Kedah pada musim 2018 sebelum diserap masuk ke skuad Liga Super Kedah pada musim 2019.

"Bakatnya seterusnya mendapat perhatian skuad utama selepas mempamerkan kelincahan dalam beberapa perlawanan penting sebagai pemain gantian," ujarnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!