Angka migran dunia meningkat tiga kali ganda sejak 1970

Angka migran antarabangsa di seluruh dunia meningkat lebih tiga kali ganda kepada 281 juta pada 2020 berbanding 84 juta pada 1970. Foto hiasan 123RF
Angka migran antarabangsa di seluruh dunia meningkat lebih tiga kali ganda kepada 281 juta pada 2020 berbanding 84 juta pada 1970. Foto hiasan 123RF
A
A
A

MOSCOW - Angka migran antarabangsa di seluruh dunia meningkat lebih tiga kali ganda kepada 281 juta pada 2020 berbanding 84 juta pada 1970, lapor Sputnik, memetik Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM).

"Menurut laporan itu, bilangan migran antarabangsa meningkat daripada 84 juta pada 1970 kepada 281 juta pada 2020, bagaimanapun apabila mengambil kira pertumbuhan populasi global, bahagian migran antarabangsa hanya meningkat daripada 2.3 peratus kepada 3.6 peratus daripada jumlah penduduk dunia," kata IOM pada Rabu, mengulas Laporan Migrasi Dunia 2022 yang dikeluarkannya.

IOM menambah bahawa jumlah pendatang antarabangsa boleh meningkat dua juta tahun lepas jika pandemik Covid-19 tidak meletus.

"Kita menyaksikan paradoks yang tidak pernah dilihat sebelum ini dalam sejarah manusia.

"Ketika berbilion-bilion orang terpaksa berkurung di rumah disebabkan Covid-19, berpuluh juta yang lain kehilangan tempat tinggal di dalam negara mereka sendiri," kata Ketua Pengarah IOM, Antonio Vitorino. -Bernama

Artikel Berkaitan: