X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 25 Mei 2022

Barang naik 'menggila', Anwar bawa ke Dewan Rakyat

Anwar (depan, kanan) menerima memorandum daripada Otai Reformis, Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia (GBMRM), Jingga 13 dan Gerak 98 di pintu pagar Parlimen pada Khamis.
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membangkitkan isu kenaikan harga barangan yang didakwa semakin ‘menggila’ ke Dewan Rakyat.

Isu kenaikan harga barangan dan makanan terutama ayam, sayur-sayuran dan telur terus menjadi perhatian rakyat ekoran kenaikan mendadak sejak kebelakangan ini.

Terbaru, Anwar menerima memorandum daripada Otai Reformis, Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia (GBMRM), Jingga 13, dan Gerak 98 di pintu pagar Parlimen pada Khamis.

“Memorandum ini menyatakan bantahan keras kepada kenaikan harga barang yang menggila saat ini. Sudahlah gaji masih di tahap yang parah, rakyat kini ditambah pula beban dengan kenaikan harga barang yang seolah-olah tidak dikawal.

“Ini tidak boleh diterima sama sekali dan insya-ALLAH saya akan bangkitkannya di Dewan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasminya pada Khamis.

Isu kenaikan harga barang turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang kemudiannya melawat My Farm Outlet Kasih di Presint 9, Putrajaya pada Rabu.

Dalam lawatan itu, beliau mengarahkan bekalan ayam import dan ikan sejuk beku yang disimpan sebagai stok di bawah program Q'Fish dilambakkan dalam pasaran sebagai langkah segera menstabilkan harga.

Bagi tujuan itu, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan mengimport 200 hingga 300 kontena ayam sejuk beku seawal minggu depan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!