Wanita maut ditembak depan rumah Tak Bai

Seorang lelaki dipercayai anggota militan maut dalam insiden berbalas tembakan di Pattani, selatan Thailand pada Isnin.
Seorang lelaki dipercayai anggota militan maut dalam insiden berbalas tembakan di Pattani, selatan Thailand pada Isnin.
A
A
A

NARATHIWAT - Seorang suri rumah maut selepas terkena tembakan di depan rumahnya di Tak Bai, Narathiwat dalam kejadian pada kira-kira pukul 10.20 pagi (waktu tempatan) pada Rabu.

Timbalan Ketua Polis (Siasatan) Tak Bai, Kapt Pol Phutida Nitichart berkata, wanita yang berusia 44 tahun itu maut di tempat kejadian dengan beberapa kesan tembakan pada bahagian dada.

Beliau berkata, polis telah menahan seorang lelaki di sebuah kedai kopi yang terletak berdekatan tempat kejadian.

“Saksi memberitahu polis bahawa suspek yang memakai pakaian seragam renjer telah mengugut penduduk tempatan sebelum kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini, pada Khamis.

Phutida berkata, motif kejadian masih dalam siasatan polis. -Bernama

Artikel Berkaitan: