Covid 19: Kelantan catat 808 kematian untuk tempoh lebih setahun

Jumlah kematian akibat Covid-19 di Kelantan sejak Mac tahun lalu sehingga 30 September 2021 adalah seramai 808 orang. - Foto hiasan
Jumlah kematian akibat Covid-19 di Kelantan sejak Mac tahun lalu sehingga 30 September 2021 adalah seramai 808 orang. - Foto hiasan
A
A
A

KOTA BHARU - Jumlah kematian akibat Covid-19 di Kelantan sejak Mac tahun lalu sehingga 30 September 2021 adalah seramai 808 orang.

Perkara tersebut dimaklumkan Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) (Belanjawan) di Kompleks Kota Darulnaim pada Khamis.

Menurutnya, jajahan Kota Bharu mencatat jumlah yang paling tinggi iaitu 221 orang, Pasir Mas (111), Pasir Puteh (102) dan Tumpat (89).

Selain itu, katanya, Bachok mencatatkan 80 kematian, Gua Musang (58), Tanah Merah (56), Kuala Krai (37), Jeli (29) dan Machang paling rendah (25).

Izani sebelum itu menjawab soalan yang diajukan Mohd Nazlan Mohamed Hasbullah (Pas-Limbongan) mengenai jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 sejak Mac tahun lalu sehingga 30 September 2021.

Nazlan turut menyatakan soalan tambahan kepada Izani mengenai jumlah insentif yang diberikan kerajaan negeri melalui bantuan pengurusan jenazah yang diumumkan baru-baru ini.

Menjawab soalan tambahan berkenaan, Izani memberitahu, setiap individu diberikan RM1,500 seorang dan sehingga kini sebanyak 271 kematian sudah dibayar melibatkan kos RM406,000.

"Sebanyak 147 kematian masih belum dibayar melibatkan tuntutan dengan anggaran lebih RM223,000. Jumlah keseluruhan tuntutan adalah RM630,000," katanya.

Artikel Berkaitan: