Solat hajat di Gua Sejuk: Laluan 'berdarah' sering ragut nyawa

Program Solat Hajat dan Doa Selamat di laluan Gua Musang-Kuala Krai, berhampiran Gua Sejuk, pagi tadi.
Program Solat Hajat dan Doa Selamat di laluan Gua Musang-Kuala Krai, berhampiran Gua Sejuk, pagi tadi.
A
A
A

GUA MUSANG - Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) menganjurkan Program Solat Hajat dan Doa Selamat di laluan Gua Musang-Kuala Krai, berhampiran Gua Sejuk, pagi tadi.

Program anjuran Jawatankuasa Pembangunan Islam Belia dan Kebajikan MDGM ini disertai lebih 20 pemimpin setempat, kakitangan serta masyarakat sekitar.

Umum tahu, Gua Sejuk merupakan salah satu lokasi panas kemalangan maut yang sering berlaku di laluan utama ini. Malah sering dikaitkan dengan pelbagai kisah misteri.

Diharapkan, usaha daripada agensi berkenaan mampu mengurangkan kadar kemalangan ngeri yang boleh meragut nyawa pengguna.

Artikel Berkaitan: