Maszlee sendiri akan masuk dalam buku Sejarah: Najib

najib
najib
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak tindakan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang memberi jaminan memasukkan skandal 1MDB ke dalam silibus sejarah Malaysia yang baharu.

Menurutnya, tindakan itu umpama memperalatkan generasi muda sekali gus menganiaya masa depan mereka.

“Ada masa dan tempatnya kita berpolitik, bukan di sekolah. “Jangan peralatkan anak-anak kecil kita, jangan aniaya masa depan mereka,” katanya menerusi kenyataan yang dimuatnaik di Facebook miliknya, hari ini.

Dalam sesi Dewan Rakyat hari ini, Maszlee membuat kenyataan bahawa skandal 1MDB bakal dimasukkan ke dalam silibus mata pelajaran sejarah Malaysia sebagai usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan kesalahan tersebut tidak diulang generasi akan datang.

Kata Maszlee, penambahan silibus baharu itu termasuklah senarai kes-kes besar khazanah negara yang didakwa berkaitan dengan pimpinan terdahulu.

Pada masa sama, Najib juga sempat memerli Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkemungkinan beliau juga akan dimasukkan dalam silibus buku sejarah. “Saya rasa tak lama lagi Maszlee sendiri akan masuk dalam buku Sejarah,” katanya.

Artikel Berkaitan: