MPHS serbu kilang tanpa lesen

Kilang perkhidmatan sewaan dan penyelenggaraan jentera pembinaan diserbu MPHS berikutan beroperasi tanpa lesen di kawasan perindustrian Zurah Rasa di sini pada Selasa.
Kilang perkhidmatan sewaan dan penyelenggaraan jentera pembinaan diserbu MPHS berikutan beroperasi tanpa lesen di kawasan perindustrian Zurah Rasa di sini pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebuah kilang perkhidmatan sewaan dan penyelenggaraan jentera pembinaan yang beroperasi tanpa lesen diserbu di kawasan perindustrian Zurah Rasa di sini pada Selasa.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dalam kenyataannya memaklumkan, operasi secara bersepadu jam 9 pagi itu disertai seramai 15 kakitangan MPHS dan dua pegawai polis.

Menurutnya, semasa serbuan dilakukan, anggota operasi mendapati premis terbabit sedang beroperasi dan pemeriksaan lanjut dilakukan di sekitar premis.

"Hasil semakan mendapati struktur atau bangunan kilang tersebut tidak mempunyai Kebenaran Merancang (KM) dan Pelan Bangunan daripada pihak MPHS," katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.

Kenyataan itu memberitahu, anggota operasi turut mendapati premis dalam keadaan kotor dengan pengurusan sisa kilang tidak teratur.

"Tindakan kompaun dan pematuhan notis selama 14 hari dikenakan terhadap premis atas kesalahan menjalankan pemajuan tanpa kebenaran MPHS dan permohonan lesen perniagaan kilang tersebut gagal diperoleh," katanya.

Artikel Berkaitan: