Manchester City takkan mengalah!

Pep Guardiola
Pep Guardiola
A
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola melaungkan amaran penyandang juara itu tidak akan berputus asa dalam pemburuan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas melakar kemenangan 2-1 ke atas Aston Villa di Villa Park.

Tiga mata diperolehi The Citizens menyaksikan kelab itu hanya dipisahkan satu mata di belakang pendahulu Chelsea selepas masing-masing mengharungi 15 perlawanan liga.

“Jadi kami akan menghadapi cabaran itu satu persatu dalam pemburuan kejuaraan liga yang semakin sengit musim ini.

"Perlawanan yang kami hadapi kali ini adalah hebat. Sejujurnya, ini permainan yang sukar dan kami tahu itu malah saya faham sebabnya terutama selepas bolos pada awal separuh masa kedua, cara kami bertindak balas dan kami bermain dengan sangat baik.

"Dia (Silva) menjaringkan gol yang hebat. Dia adalah pemain di tahap yang lain. Ruben pula mempunyai personaliti dan menjaringkan gol yang baik," katanya.

Kemenangan ke atas Aston Villa juga menyaksikan Guardiola, meraikan kemenangan ke-150 saingan bersama City dalam 204 perlawanan

Dalam perlawanan itu gol The Citizens dijaringkan Ruben Dias (27') dan Bernardo Silva (43') manakala gol saguhati The Villa dijaringkan Ollie Watkins (47').

Pada masa sama, Guardiola mengharap para pemainnya yang mengalami kecederaan dan proses pemulihan dapat kembali menjalani latihan seperti biasa biarpun terpaksa menggunakan pelapis kelab.

Artikel Berkaitan:

"Mudah-mudahan mereka (pemain yang cedera) kembali segera. Doktor datang kepada saya dan berkata 'pemain ini, pemain ini dan pemain ini tidak boleh mengembara' jadi saya berkata 'OK. Bawa pemain dari akademi dan kami pergi bersama mereka," kata Guardiola.

Sementara itu, pengendali Aston Villa, Steven Gerrard memuji usaha para pemain Villa mengakui terharu dengan persembahan cemerlang pelawat pada separuh masa pertama biarpun tuan rumah kembali bangkit menyaingi pada babak kedua.

“Persembahan separuh masa kedua sangat bagus dalam kalangan pemain Aston Villa.

"Mungkin wajar kami mengambil sesuatu daripada permainan. Kami kurang keyakinan pada permulaan separuh masa pertama.

"Itu adalah gabungan mereka yang mempunyai pemain dan pengurus terbaik. Kami mendapat peluang mengikat namun kemudian bolos. Gol kedua kami boleh menghentikan permainan di atas padang. Namun saya tidak boleh meminta lebih banyak lagi," kata Gerrard.