Polis kesan pemandu guna laluan motosikal

Tular video di media sosial memaparkan seorang pemandu yang bertindak di luar kawalan apabila memandu di laluan motosikal dalam kejadian di Kilometer 29.5 Lebuh Raya Persekutuan di sini pada Rabu.
Tular video di media sosial memaparkan seorang pemandu yang bertindak di luar kawalan apabila memandu di laluan motosikal dalam kejadian di Kilometer 29.5 Lebuh Raya Persekutuan di sini pada Rabu.
A
A
A

PETALING JAYA - Sebuah video tular di media sosial memaparkan seorang pemandu yang bertindak di luar kawalan apabila memandu di laluan motosikal dalam kejadian di Kilometer 29.5 Lebuh Raya Persekutuan di sini pada Rabu.

Video berdurasi 23 saat itu antaranya memaparkan sebuah kereta yang dipercayai dipandu di laluan motosikal diekori oleh beberapa buah motosikal yang kemudiannya membunyikan hon kepada kereta berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya telah menerima laporan berkaitan kejadian berkenaan.

"Siasatan mendapati kenderaan yang terlibat adalah jenis Proton Persona bernombor TAW 9338.

"Siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Katanya, pemilik atau pemandu kereta serta mana-mana saksi yang melihat kejadian diharap dapat tampil membantu siasatan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat trafik Inspektor Rozilah Hussin di talian 016-2679 025.

"Pihak polis ingin mengingatkan pengguna supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas bagi mengelakkan sebarang kemalangan tidak diingini," katanya.

Artikel Berkaitan: