X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 19 Januari 2022

Dua beradik maut terlanggar lori mengundur

Mayat dua beradik tercampak di atas jalan akibat merempuh sebuah lori yang berundur. ( Foto ihsan PDRM)
A
A

HULU TERENGGANU - Dua beradik maut selepas motosikal mereka melanggar belakang lori yang sedang berundur, dalam kejadian di Jalan Kampung Pelandan – Cheting, di sini, petang Rabu.

Dalam kejadian 2.45 petang itu, mangsa, Muhammad Haiqal Abdullah, 18, dan adiknya, Muhammad Izman Hamidi Abdullah, 16, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Tun Indera, di sini, yang menunggang motosikal jenis Honda Beat disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, siasatan awal mendapati lori jenis Daihatsu Delta yang membawa muatan buah kelapa sawit di parkir di bahu jalan sebelah kiri arah menghala ke Kampung Pelandan, di sini.

"Difahamkan, pemandunya berusia 32 tahun berhenti untuk makan tengah hari. Selesai makan, lelaki tersebut dikatakan ingin pulang ke rumah di Kampung Pelandan, di sini.

"Semasa lori berkenaan sedang berundur, tiba-tiba datang sebuah motosikal dinaiki kedua-dua beradik itu dari arah Cheting menghala ke Kampung Pelandan, di sini lalu melanggar bahagian belakang sebelah bucu kiri.

Keadaan motosikal dinaiki dua beradik ini (Foto ihsan PDRM)
Keadaan motosikal dinaiki dua beradik ini (Foto ihsan PDRM)

"Selepas menyedari pelanggaran tersebut, pemandunya turun daripada kenderaannya dan mendapati kedua-dua beradik berkenaan telah terbaring di atas jalan, " katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, mayat kedua-dua beradik tersebut telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat manakala pemandu kenderaan berat tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Lori milik sebuah syarikat itu dibawa ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bukit Besi untuk ditimbang dan didapati berat muatan di bawa tidak melebihi muatan," ujarnya.

Kes berkenaan disiasat mengikut 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!