24 pelajar Politeknik Sandakan positif Covid-19

 Seramai 24 pelajar Politeknik Sandakan disahkan positif Covid-19 hingga mencetuskan Kluster Sungai Batang di Sabah
Seramai 24 pelajar Politeknik Sandakan disahkan positif Covid-19 hingga mencetuskan Kluster Sungai Batang di Sabah
A
A
A

KOTA KINABALU- Seramai 24 pelajar Politeknik Sandakan disahkan positif Covid-19 hingga mencetuskan Kluster Sungai Batang di Sabah, pada Rabu.

Menurut jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, kluster itu tercetus selepas seorang pelajar lelaki 19 tahun dijangkiti Covid-19 dan mengalami gejala demam dan batuk sejak 12 November lalu.

"Saringan kontak rapat terhadap 29 pelajar serta dua orang kakitangan seterusnya mendapati 24 kes positif termasuk 11 kes baharu dalam kalangan pelajar asrama institusi berkenaan," katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Sabah (JKNS), jumlah kes positif baharu Covid-19 pada Rabu adalah sebanyak 467 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 233,700 kes.

Artikel Berkaitan: