X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 28 Januari 2022

Warga asing antara tiga ditahan pecah rumah

Antara barang-barang kes yang dirampas.
A
A

PETALING JAYA - Seramai dua suspek warga tempatan dan seorang warga asing disyaki terlibat kegiatan pecah rumah ditahan dalam tiga serbuan berasingan di sini, pada 23 November lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan melibatkan kejadian pecah rumah di Palm Spring Kondo, Kota Damansara di sini pada 7 November.

Menurutnya, mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun mendapati pintu rumahnya diumpil dan barangan berharga miliknya serta isteri telah dicuri.

"Hasil maklumat, pihak polis berjaya menahan dua warganegara tempatan dan seorang warganegara asing berusia dalam lingkungan 29 hingga 39 tahun.

"Siasatan awal mendapati suspek mengaku terlibat dalam kes yang dilaporkan selain jtu suspek turut mendedahkan penglibatan dalam beberapa kes samun sekitar Petaling Jaya," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mohd Fakhruddin berkata, pihaknya turut merampas beberapa telefon bimbit, komputer riba jam tangan, pelbagai jenis beg,basikal dan peralatan dipercayai digunakan untuk pecah rumah.

Katanya, hasil semakan mendapati suspek pertama mempunyai tujuh rekod jenayah, suspek kedua (18) membabitkan kesalahan jenayah dan dadah manakala suspek ketiga tiada rekod jenayah.

"Tangkapan terhadap suspek tersebut telah berjaya menyelesaikan lima kes pecah rumah dan curi dalam daerah Petaling Jaya bagi tahun 2021," katanya.

Menurutnya, kesemua suspek akan dituduh di mahkamah pada Jumaat di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

"Selain itu mereka akan turut dituduh di bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 (gagal memberi keterangan mengenai barang hasil curi) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (tiada dokumen perjalanan yang sah)," ujarnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!