Piala Dunia Remaja: Skuad negara akur kehebatan Perancis

Antara aksi menarik pertemuan Malaysia menentang Perancis dalam saingan suku akhir Piala Dunia Remaja. FOTO: International Hockey Federation (FIH).
Antara aksi menarik pertemuan Malaysia menentang Perancis dalam saingan suku akhir Piala Dunia Remaja. FOTO: International Hockey Federation (FIH).
A
A
A

CABARAN skuad muda negara di saingan Piala Dunia Remaja di Bhubaneswar berakhir selepas tewas 0-4 kepada Perancis dalam perlawanan suku akhir yang sengit pada Rabu.

Aksi di Stadium Kalinga itu menyaksikan Timothee Clement menjadi duri dalam daging buat skuad kendalian Wallace Tan apabila kapten Perancis itu meledak tiga jaringan pada minit ke-14', 24' dan 60' manakala satu lagi jaringan menerusi Mathis Clément pada minit ke-31'.

Untuk rekod skuad negara mara ke saingan suku akhir selepas muncul naib juara Kumpulan A selepas memulakan kempen langkah kanan dengan melakar kemenangan 2-1 ke atas Chile, sebelum diikat Belgium 1-1 diikuti kemenangan 4-3 ke atas Afrika Selatan pada Sabtu.

Kekalahan kepada Perancis juga menyaksikan skuad negara gagal menebus kekalahan di pentas separuh akhir edisi New Delhi 2013 apabila tewas 1-3 menerusi penentuan pukulan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Bagaimanapun pujian harus diberikan kepada barisan pemain muda negara apabila melepasi sasaran suku akhir yang ditetapkan sebelum ini selepas skuad negara diundi dalam Kumpulan A bersama Chile, Belgium dan Afrika Selatan.

Artikel Berkaitan: