Barang kes bernilai RM1.5 juta dilupus

Polis Tapah melakukan pelupusan 1,604 barang kes bernilai RM1.5 juta membabitkan 414 kertas siasatan yang sudah diselesaikan di lapang sasar IPD Tapah pada Rabu.
Polis Tapah melakukan pelupusan 1,604 barang kes bernilai RM1.5 juta membabitkan 414 kertas siasatan yang sudah diselesaikan di lapang sasar IPD Tapah pada Rabu.
A
A
A

TAPAH - Polis Tapah melupuskan 1,604 barang kes termasuk perjudian bernilai RM1.5 juta membabitkan 414 kertas siasatan yang sudah diselesaikan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pelupusan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah itu melibatkan 944 kotak rokok pelbagai jenama, 185 unit mesin bitcoin, 125 barang kes perjudian dan 350 barang kes am.

Menurutnya, kesemua barang kes berkenaan masing-masing daripada empat kes kontraband, lima kes bitcoin, 90 kes perjudian dan 315 barang kes am.

"Kesemua barang kes bernilai RM1.5 juta itu telah mendapat arahan pelupusan daripada Timbalan Pendakwa Raya di mana kertas siasatan berjaya dituduh dan dijatuhi hukuman oleh mahkamah dari tahun 2016 hingga tahun ini," katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Beliau berkata, pelupusan barang kes tersebut dijalankan di kawasan tanah lapang di lapang sasar IPD Tapah.

Katanya, kesemua barang kes dilupuskan dengan cara pembakaran sebelum ditanam menggunakan jentera.

Artikel Berkaitan: