Kerajaan perlu tegas halang kemasukan atlet Israel

Atlet Israel tidak diberikan visa untuk menyertai kejohanan skuasy di negara ini.
Atlet Israel tidak diberikan visa untuk menyertai kejohanan skuasy di negara ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan perlu tegas menghalang mana-mana atlet dari Israel menyertai kejohanan yang diadakan di negara ini.

Pengerusi Boycott Divesment Sanctions (BDS) Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata, larangan itu adalah selaras dengan dasar negara yang tidak mengiktiraf negara Israel dan tidak mempunyai sebarang hubungan sukan atau apa juga jenis hubungan dengan negara itu.

"Pengharaman terhadap kemasukan atlet Israel ke negara ini adalah polisi yang sedia wujud dan kita seharusnya tidak berkompromi.

"Kita mesti terus mengekalkan dasar dan prinsip memboikot negara apartheid tersebut. Pendirian ini adalah bersamaan dengan pendirian kita memboikot Afrika Selatan semasa rejim apartheid memerintah negara tersebut satu ketika dahulu.

"Ungkapan bahawa kita tidak seharusnya mencampurkan sukan dan politik adalah jelas ungkapan yang karut," katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Malaysia tidak mengeluarkan visa untuk membenarkan atlet skuasy Israel menyertai Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia Lelaki 2021 dijadual pada 7 hingga 11 Disember ini di Pusat Skuasy Nasional di Bukit Jalil.

Persatuan skuasy Israel mengancam untuk membawa Persekutuan skuasy Dunia (WSF) Ke Mahkamah Timbang Tara Sukan di Switzerland jika gagal menyelesaikan perkara tersebut.

Badan induk itu akhirnya memutuskan untuk membatalkan kejohanan tersebut kerana masalah tersebut selain turut bimbang mengenai varian baharu Covid-19, Omicron.

Artikel Berkaitan: