X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

Zii Jia mula kempen jelajah dunia akhir BWF

Lee Zii Jia
A
A

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia memulakan kempen saingan Jelajah Dunia Akhir BWF dengan langkah kanan setelah menewaskan Kunlavut Vitidsarn dari Thailand pada aksi pembukaan Kumpulan B di Bali, Indonesia pada Rabu.

Walaupun ketinggalan 6-9 pada peringkat awal permainan, Zii Jia yang juga pemain nombor lapan dunia itu kembali mengejar untuk mendahului satu mata sebelum berehat dan meneruskan rentak untuk menang set pertama 21-15.

Keadaan sama berlaku pada set kedua apabila Zii Jia bermula agak gugup setelah Kunlavut mendahului dengan empat mata, 11-7 sebelum berehat namun kecederaan jari yang dialami pemain Thailand menyebabkannya ketinggalan 14-16 sekali gus membolehkan pemain Malaysia meraih kemenangan 21-16.

Dalam pada itu, beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah berhadapan kesukaran kerana gagal mengatasi gandingan nombor empat dunia Kim Soyeong-Kong Heeyong dari Korea Selatan pada aksi Kumpulan A.

Pearly-Thinaah tewas dalam straight set 21-14, 21-14, kepada pasangan Korea Selatan itu dalam perlawanan yang berlangsung selama 45 minit.

AKAN MENYUSUL


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!