Perginya Ikon Anti Rasuah Malaysia, Mohd Tap Salleh

Mohd Tap Salleh
Mohd Tap Salleh
A
A
A

SHAH ALAM - Negara dikejutkan dengan berita pemergian ikon anti rasuah Malaysia, bekas Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr Mohd Tap Salleh.

Allahyarham yang juga berjiwa besar bagi memastikan negara bebas daripada rasuah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur petang Selasa pada usia 72 tahun.

Allahyarham menerajui IIM selama tujuh tahun sebelum bersara pada 30 November 2015.

Sepanjang bergelar Presiden, beliau bukan berjuang memastikan negara bebas rasuah.

Allahyarham juga pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Luar Bandar dan Wilayah dan merupakan salah seorang anggota dalam Jawatankuasa Siasatan, Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan.

Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disolatkan di Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya pada Rabu.

Artikel Berkaitan: