Selepas ahli Parlimen, pegawai pula dibenar berbaju batik

Azhar Azizan Harun
Azhar Azizan Harun
A
A
A

KUALA LUMPUR - Selepas hampir dua bulan ahli Parlimen dibenarkan memakai baju batik berlengan panjang pada setiap Khamis, kini giliran pegawai yang hadir sepanjang tempoh persidangan Dewan Rakyat turut diberi kelonggaran sama.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, kebenaran untuk pegawai turut memakai baju batik itu bermula esok.

“Sebelum kita teruskan dengan perbahasan saya ada sedikit pemakluman. Seperti yang ahli Yang Berhormat sedia maklum pada 11 Oktober 2021 lalu, kebenaran telah diberi kepada ahli-ahli Yang Berhormat untuk memakai batik berlengan panjang pada setiap hari Khamis di Dewan Rakyat.

“Rentetan itu saya ingin memaklumkan bahawa pemakaian baju batik juga turut dibenarkan kepada pegawai yang hadir di persidangan Dewan Rakyat,” katanya di Dewan Rakyat pada Rabu.

Pada 11 Oktober lalu, Dewan Rakyat meluluskan cadangan membenarkan ahli Parlimen memakai baju batik lengan panjang pada setiap Khamis ketika tempoh persidangan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, cadangan itu diterima sebulat suara dalam Jawatankuasa Khas Dewan Rakyat.

Artikel Berkaitan: