Rebut hadiah berjumlah RM25,000 di Sinar Premium

10 pelanggan berpeluang membawa pulang wang tunai berjumlah keseluruhan RM25,000
10 pelanggan berpeluang membawa pulang wang tunai berjumlah keseluruhan RM25,000
A
A
A

SHAH ALAM - Pelanggan portal berita Sinar Premium berpeluang membawa pulang wang tunai yang jumlah keseluruhan RM25,000.

Ketua Jabatan Pemasaran Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, cabutan bertuah itu akan dilakukan sebaik Sinar Premium mengumpul 100,000 pelanggan berdaftar pertama.

“10 pemenang akan dipilih daripada 100,000 langganan pertama dalam tempoh tawaran. Tawaran ini bermula dari 15 November sehingga 15 Januari 2022. Rebut peluang ini sekarang,” katanya.

Dengan tagline Eksklusif dan Kritis, portal baharu yang dilancarkan pada 31 Julai lalu, menyampaikan laporan berita dan artikel yang lebih mendalam, berkualiti serta kritikal kepada rakyat Malaysia.

Portal berita Sinar Premium menyampaikan laporan berita dan artikel yang lebih mendalam, berkualiti serta kritikal kepada rakyat Malaysia.
Portal berita Sinar Premium menyampaikan laporan berita dan artikel yang lebih mendalam, berkualiti serta kritikal kepada rakyat Malaysia.

Nik Justin menambah, tujuan cabutan bertuah ini diadakan untuk menghargai pelanggan Sinar Premium yang menjadikan portal berita ini sebagai rujukan pertama.

“Tawaran ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat. portal Sinar Premium di https://premium.sinarharian.com.my untuk maklumat lanjut,” katanya.

Pembaca boleh melanggan pakej yang disediakan bermula langganan sebulan bernilai RM6.90.

Artikel Berkaitan:

Bagi langganan setahun, pakej yang disediakan bernilai RM66.20 di mana anda hanya membelanjakan 18 sen untuk melayari laporan yang akan mengajak anda berfikir daripada perspektif berbeza

Selain pakej tahunan, pembaca boleh melanggan pakej tiga bulan berharga RM18.60; pakej enam bulan (RM35.00); dan setahun (RM66.20).

Langganan korporat pula akan menikmati pelbagai inisiatif tambahan manakala golongan pelajar dan pengajar akan mendapat potongan sebanyak 50 peratus daripada harga asal pakej langganan.

Tambah Nik Justin, beliau berharap rakyat Malaysia yang dambakan bahan bacaan ilmiah, kritis dan lebih bermaklumat dapat memberi sokongan kepada produk baharu Sinar Karangkraf.

"Sinar Karangkraf sentiasa mendahului masa dan zaman, sebab itulah ketika portal lain mungkin lebih berminat meninggikan trafik dengan bacaan sensasi dan viral semata-mata, kami tampil dengan idea berbeza dalam memperkasakan suara rakyat.

"Kami berharap pembaca dapat memberi sokongan kepada Sinar Premium dalam menghargai bahan bacaan berkualiti dan kritis," katanya.