X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 21 Mei 2022

MDEC lantik Md Alwi sebagai pengerusi baharu

Md Alwi
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), agensi peneraju ekonomi digital Malaysia mengumumkan pelantikan Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad sebagai Pengerusi baharu berkuatkuasa 1 Disember 2021 bagi tempoh dua tahun.

MDEC berkata, Md Alwi yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas, Kelantan, sebelum ini telah memegang pelbagai jawatan penting dalam kerajaan, termasuk pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada menteri Belia dan Sukan dari 1990 hingga 1992 dan menteri Pembangunan Luar Bandar dari 1993 hingga 1999 1999, sebelum menjadi setiausaha politik kepada Perdana Menteri dari 2007 hingga 2009.

"Sebagai antara tokoh penting dalam membasmi kemiskinan, beliau telah memainkan peranan sebagai Pengerusi Yayasan Kemiskinan Kelantan sejak 1993," kata agensi itu dalam satu kenyataan pada Rabu.

Md Alwi juga pernah memegang pelbagai jawatan dalam sektor korporat termasuk sebagai Pengerusi Silver Ridge Bhd dari 2004 hingga 2008, Syarikat Permodalan Risda Bhd dari 2006 hingga 2016 dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dari 2014 hingga 2018.

Beliau ketika ini adalah Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sejak 2020.

Berpengalaman sebagai juruukur tanah berlesen profesional, Md Alwi juga merupakan Prinsipal Firma Perundingan AA Geomatics and Survey dan Felo Institut Juruukur Malaysia. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!