X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 19 Januari 2022

Kemenangan KL City raih ucapan tahniah di Dewan Rakyat

Pasukan KL City meraikan kejayaan merangkul kejuaraan TM Piala Malaysia 2021 selepas menewaskan JDT 2-0 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil malam Selasa. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Kejayaan Kuala Lumpur City (KL City) menjulang Piala Malaysia 2021 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa, mendapat pujian dan ucapan tahniah dalam kalangan beberapa ahli Parlimen di persidangan Dewan Rakyat pada Rabu.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias sebelum menjawab soalan pada sesi soal jawab berkata, kemenangan KL City sempena ulang tahun ke-100 Piala Malaysia adalah kejayaan manis buat warga Wilayah Persekutuan setelah kali terakhir memenanginya 32 tahun lepas.

“Saya mewakili Menteri Wilayah Persekutuan dan warga Kementerian Wilayah Persekutuan mengucapkan syabas kepada pemain dan penyokong KL City,” katanya sebelum menjawab soalan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) berhubung peranan dan perbelanjaan diterima Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Wilayah Persekutuan pada persidangan Dewan Rakyat pada Rabu.

Antara ahli Parlimen yang turut mengucapkan tahniah adalah Kui Lun; Datuk Salim Sharif (BN-Jempol) dan Ahmad Fadhli Shaari (Pas-Pasir Mas).

Pada Selasa, KL City menewaskan juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan jaringan 2-0 selepas kali terakhir memenanginya pada 1989. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!