Piala Dunia Remaja: Skuad negara sudah bersedia pelbagai kemungkinan

Skuad negara bakal berdepan Perancis dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia Remaja pada Rabu.
Skuad negara bakal berdepan Perancis dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia Remaja pada Rabu.
A
A
A

SKUAD remaja negara sudah bersedia mengharungi pelbagai kemungkinan sekiranya perlawanan suku akhir Piala Dunia Remaja menentang Perancis di Bhubaneswar, India pada Rabu berlarutan sehingga penentuan penalti shoot out.

Pengurus skuad remaja negara, I Vikneswaran berkata, pada fasa kalah mati ini suasana perlawanan amat berbeza dengan aksi pada peringkat kumpulan yang memerlukan komitmen dan disiplin tinggi dalam kalangan pemain.

"Bagi fasa ini pasukan dibawah kendalian coach Wallace Tan sememangnya telah merencanakan taktikal dan strategi lebih ampuh berdepan Perancis. Malah para pemain sudah mengetahui apa yang perlu dilakukan masing-masing sebagai satu unit pasukan dalam perlawanan ini.

"Ya, selain memantapkan persediaan berdepan asakan dan provokasi fizikal para pemain Perancis, para pemain juga telah dipersiapkan persiapkan dengan strategi taktikal bagi mengharungi perlawanan yang berlarutan ke penentuan pukulan penalti shoot out.

"Apa yang boleh saya katakan pada ketika ini semangat dalam kalangan para pemain adalah tinggi untuk berdepan Perancis dan saya percaya pada tahap ini setiap para pemain akan memberikan tumpuan tinggi kepada perlawanan ini," katanya kepada Sukan Sinar.

INFO

Piala Dunia Remaja

Suku Akhir

Rabu (1 Disember)

Artikel Berkaitan:

Jerman lawan Sepanyol (1 tengah hari)

Belanda lawan Argentina (4 petang)

Perancis lawan Malaysia (7 malam)

Belgium lawan India (10 malam)