X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 19 Januari 2022

'JDT tetap di hati' - Hasni

Hasni - Foto Bernama
A
A

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad mengucapkan tahniah atas kejayaan pasukan Kuala Lumpur (KL) City FC menjuarai Piala Malaysia edisi 2021.

Menurutnya, pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) juga mempamerkan semangat juang tinggi sekali gus membanggakan rakyat Johor ketika perlawanan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

"Syabas JDT walaupun tewas 0-2 kepada pasukan KL City FC dalam perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2021, malam ini (Selasa).

"Usaha gigih dan semangat juang yang tinggi skuad Harimau Selatan tetap membanggakan rakyat Johor. JDT tetap di hati!," katanya menerusi catatan di akaun Facebook rasminya.

Hasni berkata, bagi pasukan KL City FC, tahniah atas kejayaan menjuarai Piala Malaysia edisi 2021.

"Perlawanan akhir yang menarik dan menghiburkan bagi semua peminat sukan bola sepak tanah air," katanya.

Sebelum itu, pasukan KL City FC mengakhiri penantian selama 32 tahun apabila muncul juara Piala Malaysia selepas menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!