Tiga lelaki termasuk anak dan bapa didakwa membunuh

Mohd Fuzi (baju merah) bersama dua beranak didakwa membunuh seorang lelaki di Flat Ashby, minggu lalu.
Mohd Fuzi (baju merah) bersama dua beranak didakwa membunuh seorang lelaki di Flat Ashby, minggu lalu.
A
A
A

IPOH - Tiga lelaki termasuk dua beranak didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada Rabu atas pertuduhan membunuh seorang lelaki berusia 29 tahun, minggu lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Ismail Rizwan Ramli, 34, dan bapanya, Ramli Lot, 60, serta Mohd Fuzi Ab Manaf, 47, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liyana Mohd Darus.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didakwa melakukan pembunuhan yang menyebabkan kematian ke atas Muhammad Noor Faqih Mohamed Ariffin.

Perbuatan itu dilakukan di pasar pagi Rumah Pangsa Jalan Hospital di sini, antara jam 9.50 hingga 11.05 pagi pada 25 November lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sufi Aiman Azmi, manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam Mohd Hakim Hamran.

Pada prosiding itu, Mohd Hakim memaklumkan Ramli didiagnos mempunyai kemurungan dan gangguan emosi selain pernah menjalani pembedahan pembuangan tumor di kepala pada 2013.

Mohd Fuzi (baju merah) bersama dua beranak didakwa membunuh seorang lelaki di Flat Ashby, minggu lalu.
Mohd Fuzi (baju merah) bersama dua beranak didakwa membunuh seorang lelaki di Flat Ashby, minggu lalu.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, tertuduh mempunyai janji temu menjalani prosedur imbasan magnetik resonan (MRI) di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada 27 Disember ini.

Justeru, Sufi Aiman memohon kepada mahkamah supaya Ramli dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) untuk penilaian kesihatan mental.

Noor Azreen Liana kemudiannya membenarkan permohonan itu dan menetapkan 3 Januari 2022 untuk sebutan semula kes bagi laporan bedah siasat dan kesihatan mental.

Dalam kejadian sekitar jam 9.30 pagi itu, mangsa maut dalam pergaduhan dengan tiga suspek yang dikatakan berpunca daripada isu kecurian pembesar suara.

Suspek dikatakan tidak berpuas hati dengan mangsa yang dipercayai mencuri pembesar suara milik seorang daripada mereka sehingga berlaku pertengkaran mulut yang akhirnya membawa kepada pergelutan.

Mangsa yang dipercayai mempunyai masalah mental itu meninggal dunia di tempat kejadian dengan sebilah pisau lipat dijumpai di lokasi sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Lemas dicekik punca kematian lelaki

Tiga lelaki bergaduh kerana pembesar suara direman

Lelaki maut bergaduh gara-gara pembesar suara