X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 29 Mei 2022

Serambi Villa kediaman impian tepi tasik

A
A

Kediaman yang cantik, mewah, lengkap, berada di lokasi strategik, dilatari pula keindahan tasik - pasti itu yang diimpikan semua orang.

Serambi Villa, tiada yang serupa dengannya. Satu-satunya kediaman di Setia Alamsari yang membawa mesej hijau tepian tasik sesuai untuk anda yang gemarkan suasana alam semula jadi.

Dibangunkan oleh I&P Menara Sdn Bhd, anak syarikat kepada S P Setia Berhad, kediaman di kawasan kejiranan terbesar di Kajang ini mempunyai koleksi 41 unit kediaman berkembar dan banglo mewah, mengangkat gaya hidup berbeza dengan inspirasi pemandangan tropika.

GAYA HIDUP SETIA ALAMSARI

Setia Alamsari dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti stesen Komuter Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan jalinan akses lebuhraya seperti KL-Seremban, Kajang-Seremban dan Kajang SILK yang menjadi penghubung ke pusat bandar lain di sekitar Lembah Klang.

Ia juga terletak berhampiran dengan Bangi Gateway, Pasaraya Lotus Semenyih dan IOI City Mall yang memudahkan urusan membeli-belah.

Setia Alamsari turut memenuhi keperluan utama dan penting setiap pembelian rumah idaman apabila berdekatan dengan lokasi institusi pendidikan dari peringkat prasekolah hinggalah ke institusi pengajian tinggi.

Organisasi pendidikan paling hampir termasuklah Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi, Sekolah Antarabangsa Rafflesia, Institut Jerman-Malaysia dan UKM selain dari sekolah rendah dan menengah kebangsaan yang berhampiran.

Lebih penting lagi, Setia Alamsari juga berdekatan dengan pusat perubatan seperti Hospital Kajang, Hospital Pakar KPJ Kajang, Hospital Serdang dan Hospital Putrajaya.

Dikenali pada awalnya sebagai Alam Sari, bandar ini mula dibangunkan oleh I&P Group Sdn Bhd pada tahun 2007. Pada tahun 2017, Setia Alamsari dibangunkan di kawasan perbandaran seluas 775 ekar hasil gabungan tanah S P Setia Bhd dan I&P Group Sdn Bhd.

Sesuai dengan prinsip pembangunan Setia Alamsari, bandar ini disasarkan kepada keluarga dan pemilik rumah yang ingin menaik taraf gaya hidup dan kediaman atau yang mencari aset pelaburan. Serambi Villa tentunya salah satu aset yang sesuai untuk dimiliki!

SENI KEHIDUPAN TEPI TASIK

Serambi Villa terletak betul-betul bersebelahan dengan pusat rekreasi bertasik yang dikenali sebagai Lake of Reflection yang juga terletak di tengah-tengah pembangunan Setia Alamsari.

Tapak seluas 4 hektar ini mempunyai tasik, pavilion air yang menakjubkan dan laluan pejalan kaki hasil inspirasi alam semula jadi yang dipanggil Pulau Pelangi.

Seluruh landskap tropika ini mencerminkan kehijauan Setia Alamsari dan panorama hutan yang biasa terlihat di resort-resort mewah.

Lake of Reflection membawa refleksi air terjun yang dikelilingi suasana hijau dan subur menyerlahkan lagi gazebo dengan rekabentuk yang diilhamkan daripada sarang burung.

Reka bentuk walkaway memang disengajakan supaya pemilik rumah dapat berehat sambil menikmati kehidupan yang lebih seimbang.

Dengan hanya berjalan kaki, penduduk Serambi Villa boleh terus ke taman berhampiran di The Lawn dan Canal Park, iaitu tempat riadah untuk peminat sukan bola sepak atau senaman ringan seperti berbasikal dan joging.

Taman ini mempunyai tiga tasik yang saling berkait dan berfungsi sebagai pusat rekreasi berganda berlatarkan santuari akuatikair.

Warga Serambi Villa yang meminati sukan golf juga boleh memilih antara dua kelab golf berdekatan iaitu Kelab Golf Danau dan Kelab Golf Bangi dengan jarak hanya 3km dari Setia Alamsari.

Anda juga berpeluang melihat panorama matahari terbenam bersama keluarga di Taman Tasik Cempaka dan bersuka ria pada hujung minggu di Bangi Wonderland Themepark & Resort yang terletak hanya 5km dari Setia Alamsari.

SENI BINA MELAYU GAYA VILA

Serambi Villa direka dengan nilai seni bina Melayu tropika tetapi dalam sentuhan moden.

Ia sesuai untuk mereka yang inginkan kediaman mewah tepi tasik bagi meningkatkan kualiti gaya hidup. Terdapat 21 unit banglo dan 20 unit rumah berkembar untuk dipilih sesuai untuk keselesaan seisi keluarga.

Semua unit ditawarkan dengan pilihan empat atau lima bilik tidur berserta bilik mandi di setiap bilik tidur yang dilengkapi kemudahan khas alat pemanas.

Banglo Serambi Villa terdapat dalam tiga susun atur yang berbeza tersedia di tanah seluas 60’ x 110’, dengan unit tertentu memiliki ukuran tanah yang lebih besar hingga 9,937 kaki persegi.

Sebilangan besar unit mempunyai ruang tamu, ruang makan, bilik tidur utama dan dewan keluarga disusun atur di bahagian belakang dilengkapi dengan balkoni untuk mendapat kelebihan pemandangan menghadap tasik.

Sementara unit rumah berkembar menawarkan dua susun atur di tapak seluas 40’ x 80’, dilengkapi ruang tamu keluarga, bilik tidur dan ruang belajar di tingkat satu.

Untuk maklumat lanjut mengenai Serambi Villa atau Setia Alamsari, layari laman web S P Setia di www.setiaalamsari.com.

Sebagai alternatif, hubungi terus talian: 03-8736 2255 atau kunjungi Setia Alamsari Welcome Centre.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!