Tel Aviv bandar raya paling mahal di dunia

Harga barangan dan perkhidmatan yang tinggi menyebabkan Tel Aviv menjadi bandar raya paling mahal untuk didiami pada tahun ini. - Foto AFP/Getty Images
Harga barangan dan perkhidmatan yang tinggi menyebabkan Tel Aviv menjadi bandar raya paling mahal untuk didiami pada tahun ini. - Foto AFP/Getty Images
A
A
A

LONDON - Kos hidup yang tinggi menyebabkan Tel Aviv di Israel menjadi bandar raya paling mahal di dunia untuk didiami pada tahun ini, menurut satu kajian oleh Unit Perisikan Ekonomi (EIU) yang didedahkan pada Rabu.

Pada tahun lalu ia berada di tangga kelima.

Unit itu mengukur bandar raya paling mahal di dunia dengan membandingkan harga barangan dalam dolar Amerika Syarikat (AS) dan perkhidmatan di 173 bandar raya.

Ia menggunakan data pada bulan Ogos sehingga September iaitu ketika harga barang dan pengangkutan naik.

Bandar raya Paris dan Singapura masing-masing berkongsi kedudukan di tempat kedua manakala Zurich di tempat keempat serta Hong Kong menduduki tangga kelima.

New York pula berada di tempat keenam manakala Geneva di tangga ke tujuh.

Copenhagen disenaraikan di tangga kelapan diikuti Los Angeles berada di tempat kesembilan serta Osaka menduduki tangga ke sepuluh manakala Damsyik pula menjadi bandar raya paling corot dalam senarai tersebut.

Pada tahun lalu, Zurich, Paris dan Hong Kong berkongsi kedudukan di tempat pertama sebagai bandar raya paling mahal di dunia. - Agensi

Artikel Berkaitan: