Kenaikan harga barangan basah terkawal

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesahkan terdapat kenaikan harga barangan basah seperti yang dilaporkan media.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesahkan terdapat kenaikan harga barangan basah seperti yang dilaporkan media.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesahkan terdapat kenaikan harga barangan basah seperti yang dilaporkan media.

KPDNHEP dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan pemantauan mendapati terdapat kenaikan harga membabitkan ayam, telur ayam, dan sayur-sayuran tetapi dalam kadar yang terkawal.

Menurutnya, KPDNHEP sentiasa melaksanakan [operasi penguatkuasaan untuk menangani masalah kenaikan harga menerusi Ops Pasar, Ops Menu dan Ops Catut.

"KPDNHEP telah memeriksa 72 lokasi tumpuan seperti pasar awam,pemborong, pembekal, peruncit peringkat pembekal, dan peruncit di seluruh negara melibatkan 199 jenis sayur-sayuran.

"Daripada 72 lokasi diperiksa sebanyak 140 Notis di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 dikeluarkan kepada peniaga berkaitan," kata kenyataan itu.

KPDNHEP berkata, pihaknya akan menetapkan harga siling sekiranya isu kenaikan harga barangan keperluan harian ini semakin meruncing seperti yang dilaksanakan ke atas barang basah semasa musim perayaan.

Tambahnya, mereka akan melaksanakan sesi libat urus bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) untuk mencari penyelesaian terbaik membabitkan masalah itu.

"Sesi libat urus bersama pemain industri berkaitan bertujuan mencari kaedah terbaik bagi menyekat kenaikan harga secara mendadak di pasaran,"katanya.

Artikel Berkaitan:

KPDNHEP turut mengingatkan peniaga supaya tidak mengambil kesempatan mengaut keuntungan berlebihan dan tindakan.

"Peniaga yang dikesan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14 (1) AKHAP 2011 ini, boleh dikenakan denda mencecah RM500,000 (syarikat), RM100,000 (individu), atau dipenjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali," kata KPDNHEEP.