Covid-19: 55 lagi kematian baharu, keseluruhan 30,425

Lapan daripada 55 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID). - Foto fail Bernama
Lapan daripada 55 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID). - Foto fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 55 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 30,425 orang daripada 2,626,879 kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal CovidNow, lapan daripada 55 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 65,153 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 52,954 individu atau 81.3 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 6,539 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Artikel Berkaitan:

Sebanyak 5,151 kes dirawat di hospital dan 509 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 257 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 252 lagi memerlukan mesin ventilator.- Awani