X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

Tiga lelaki ditahan samun warga emas 82 tahun

Antara barang kes yang dirampas dalam serbuan pada Rabu lalu
A
A

PETALING JAYA - Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian samun berkumpulan di Kelana Jaya di sini dalam satu serbuan ke atas sebuah kereta di kawasan parkir salah satu pusat beli belah di Kuala Lumpur Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dalam kejadian pada 19 November itu, mangsa yang berusia 82 tahun tinggal bersendirian di rumah sebelum didatangi suspek sekitar jam 12 tengah hari.

Menurutnya, suspek telah mengetuk pintu rumah terbabit dan terus menolak mangsa sehingga tersungkur sejurus mangsa membuka pintu tersebut.

"Suspek masuk dan menyelongkar rumah mangsa lalu melarikan diri barang berharga dianggarkan bernilai RM3,000. Mangsa tidak mengalami kecederaan dan laporan telah dibuat oleh anaknya yang berusia 39 tahun pada,"katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Fakhrudin berkata, pihaknya turut merampas pelbagai barangan elektronik termasuk telefon bimbit, komputer riba, beberapa utas jam tangan, wang tunai, dan beg sandang yang dipercayai semuanya diperolehi hasil dari kegiatan jenayah.

Tambahnya, hasil siasatan mendapati ketiga-tiga suspek yang berusia antara 38 hingga 48 tahun itu terlibat dalam rompakan tersebut dan turut mengaku terlibat dalam beberapa kes samun di sekitar daerah Petaling Jaya dan Subang Jaya.

"Penahanan terhadap ketiga-tiga suspek ini telah berjaya menyelesaikan sebanyak tujuh kes samun dalam daerah Petaling Jaya," katanya.

Katanya, semakan rekod lampau mendapati suspek pertama mempunyai enam rekod lampau, suspek kedua (15), manakala suspek ketiga (21) kes membabitkan kesalahan jenayah dan dadah sejak dari tahun 1992.

"Ketiga-tiga suspek direman tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana telah melakukan rompakan berkumpulan yang memperuntukkan hukuman penjara selama 20 tahun dan dengan sebatan,"ujarnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!