Dijel kerana menipu untuk dapatkan pinjaman wang Covid-19

Model kereta Lamborghini Urus yang dibeli oleh Lee Price III. - Foto AFP
Model kereta Lamborghini Urus yang dibeli oleh Lee Price III. - Foto AFP
A
A
A

HOUSTON - Seorang lelaki Texas dihukum penjara lebih sembilan tahun selepas dia mengaku bersalah melakukan penipuan serta pengubahan wang haram serta menggunakan sebahagian wang dana bantuan Covid-19 untuk membeli sebuah kereta Lamborghini Urus baru-baru ini.

Lee Price III, 30, sebelum ini mengaku bersalah pada September lalu atas dakwaan melakukan penipuan dan pengubahan wang haram.

Menurut Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS), dia dihukum penjara 110 bulan selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.

Price III sebelum ini menerima pinjaman kira-kira lebih AS$1 juta (RM4.20 juta) dengan mengemukakan permohonannya yang mempunyai butiran palsu.

Dia menggunakan nama seorang individu yang telah meninggal dunia dalam permohonan bagi mendapatkan pinjaman tersebut.

Dalam kertas kerja permohonan pinjaman kepada golongan peniaga yang terjejas akibat Covid-19, dia yang menggunakan nama orang lain meletakkan maklumat tentang bilangan pekerja dan tiga jenis perniagaannya.

Menurut dokumen mahkamah, Price III membelanjakan sebahagian wang pinjaman yang diperolehnya dengan membeli sebuah kereta Lamborghini Urus berharga AS$233,000 (RM979,182), sebuah pikap jenama Ford berharga AS$85,000 (RM357,212) dan seutas jam tangan Rolex bernilai RM14,000 (RM58,835). - Agensi

Artikel Berkaitan: