Selangor penyumbang terbesar KDNK negara

Raja Shahreen (kanan) ditemubual oleh Wartawan Sinar Harian, Mohd Izzatul Izuan Tahir pada sesi Sinar Live, semalam.
Raja Shahreen (kanan) ditemubual oleh Wartawan Sinar Harian, Mohd Izzatul Izuan Tahir pada sesi Sinar Live, semalam.
A
A
A

SHAH ALAM - Selangor menjadi negeri penyumbang terbesar negara dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun lalu dengan sumbangan 23 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Raja Shahreen Raja Othman berkata, nilai itu mencecah RM235. 4 bilion yang merupakan tertinggi antara semua negeri di negara ini.

Malah, katanya, pelaburan langsung asing (FDI) Selangor bagi sektor perkilangan sahaja tahun lalu mencecah 8.2 bilion.

"Ini kelebihan di Selangor yang dari segi geografinya terletak di tengah rantau Asia Tenggara.

"Malah, kita beruntung kerana terdapat dua lapangan terbang di negeri ini iaitu di Subang dan Sepang menarik kehadiran pelancong ke negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual pada sesi Sinar Live 'Selangor Menuju Negeri Lestari' di sini, semalam.

Raja Shahreen berkata, selain itu, kepadatan penduduk berjumlah kira-kira 6.4 juta juga antara penyumbang besar kepada ekonomi negeri itu.

"Malah, dalam sektor pendidikan pengajian tinggi awam dan swasta kita mempunyai lebih 120 pusat pengajian seluruh negeri.

Artikel Berkaitan:

"Penduduk di negeri ini beruntung kerana hasil kekayaan negeri ini diagihkan untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat," katanya.