Bersatu rancang propaganda 'serang' Ismail Sabri: Najib

Najib
Najib
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) didakwa mula merancang propaganda dalam ruangan media sosial parti berkenaan bagi menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa, objektif utama parti itu adalah untuk mengembalikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

“Page-page (portal) propaganda PPBM-Perikatan Nasional (PN) utama seperti page (portal) Otai pun telah mulakan serangan bertubi-tubi atas (kepada) PM (Perdana Menteri) Ismail Sabri.

“Isu utama yang mereka gunakan sekarang ialah harga barang naik biarpun inflasi sudah mula naik mencanak dan harga sering cecah paras tertinggi masa Muhyiddin jadi PM,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau pada Selasa.

Tangkap layar antara propaganda yang dirancang oleh Bersatu untuk menyerang Ismail Sabri.
Tangkap layar antara propaganda yang dirancang oleh Bersatu untuk menyerang Ismail Sabri.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, menteri dalam kerajaan juga merupakan menteri utama yang mengatur dasar ekonomi, pertanian, kewangan dan perladangan yang mempengaruhi harga barang khususnya harga makanan datang daripada parti yang mahu menumbangkan Ismail Sabri.

“Dorang (mereka) serang Ismail berkenaan harga barang naik tapi dorang (mereka) juga yang bertanggungjawab atas dasar-dasar yang sebabkan harga barang naik.

“Sejak April saya telah menjelaskan punca kenaikan harga dan memberi pelbagai cadangan untuk kawal atau redakan kenaikan harga barang. Kenapa menteri-menteri ini tak mahu pertimbangkan?” soalnya.

Artikel Berkaitan: