X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 28 Januari 2022

Tiga termasuk cucu P Ramlee dibebaskan tuduhan edar ganja

Foto 123RF
A
A

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Selasa membebaskan tiga lelaki termasuk seorang cucu kepada seniman legenda, Allahyarham Tan Sri P Ramlee daripada pertuduhan mengedar lebih empat kilogram dadah jenis ganja.

Hakim Nurulhuda Nur'aini Mohamad Nor membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah.

Cucu P Ramlee, Zakaria Nasir, 30, Mohd Faizul Zulkipli, 37, dan Mohammad Saifuddin Darmawan, 34, telah didakwa di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketiga-tiga mereka didakwa secara bersama mengedar ganja seberat 4,678.5 gram di sebuah kediaman di Puchong pada pukul 3.50 petang, 15 Januari 2018.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) Akta yang sama dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Zakaria Nasir diwakili peguam Latheefa Koya dan Zaid Malek, Mohd Faizul diwakili Rajpal Singh dan Phan Yantong Nur Sarah manakala Mohammad Saifuddin diwakili Dir Kheizwan Ab Halim @ Kamaruddin.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohammed Heikal Ismail. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!