X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 18 Januari 2022

Persiapan mengundi PRN Sarawak

A
A

Kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sarawak untuk diagihkan ke pusat mengundi di seluruh negeri Sarawak menjelang Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak hari ini.

Sebanyak 1,866 buah pusat mengundi biasa yang mengandungi 3,555 tempat mengundi/saluran dan 85 pusat mengundi awal bagi pengundian yang mengandungi 111 tempat mengundi/saluran awal akan digunakan di mana seramai 46,565 orang petugas SPR akan dilantik bagi mengendalikan proses PRN itu.

Keseluruhan jumlah pusat mengundi adalah sebanyak 1,951 buah dengan 3,666 tempat mengundi/saluran.

Sejumlah 1,252,014 orang pengundi di Sarawak layak mengundi dalam PRN ini dan mereka terdiri daripada 1,228,858 pengundi biasa, 12,585 anggota tentera dan pasangan; 10,458 anggota polis serta pasangan dan 113 Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!