Presiden Algeria tangguh pilihan raya April depan

Presiden Algeria Abdelaziz Bouteflika.
Presiden Algeria Abdelaziz Bouteflika.
A
A
A

ALGIERS - ALGERIA . Presiden Algeria Abdelaziz Bouteflika mengumumkan penangguhan pilihan raya presiden negara itu yang dijadual berlangsung pada April depan.

Bouteflika turut mengumumkan tidak akan bertanding jawatan presiden setelah memegang tampuk pemerintahan negara selama 20 tahun.

Bagaimanapun, tiada tarikh baharu pilihan raya diumumkan dan rombakan kabinet akan dijalankan dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, tiada pengumuman dibuat Presiden Bouteflika berhubung peletakan jawatannya sebelum pilihan raya baharu tersebut.

"Tidak akan ada penggal ke lima, melihat kepada faktor kesihatan dan umur, tugas terakhir saya terhadap rakyat Algeria adalah menyumbang kepada penubuhan republik baharu.

Kepulangan Bouteflika ke Algiers Ahad lalu setelah menjalani rawatan di Geneva disambut protes besar-besaran rakyat yang membantah hasratnya kembali bertanding jawatan presiden.

Janji Bouteflika untuk berundur awal sekiranya dilantik semula juga gagal memenangi hati rakyat Algeria yang mahukan perubahan. - BBC

ARTIKEL BERKAITAN: Kepulangan Presiden Algeria disambut protes

Artikel Berkaitan: