Pasaran getah ditutup tinggi

Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi pada Selasa, disokong oleh data ekonomi China yang menggalakkan. Gambar hiasan
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi pada Selasa, disokong oleh data ekonomi China yang menggalakkan. Gambar hiasan
A
A
A

PASARAN getah Malaysia ditutup tinggi pada Selasa, disokong oleh data ekonomi China yang menggalakkan, kata peniaga.

Dilaporkan bahawa aktiviti perkilangan di China meningkat tanpa dijangka pada November.

“Ia naik buat kali pertama dalam tempoh tiga bulan berikutan harga bahan mentah merosot dan catuan tenaga berkurangan, menerima tekanan daripada sektor pembuatan yang bergelut dengan permintaan yang rendah,” katanya.

Menurut Biro Statistik Kebangsaan (NBS), Indeks Pengurus Pembelian (IPP) pembuatan rasmi sebanyak 50.1 pada November, daripada 49.2 pada Oktober.

Selain itu, katanya sentimen pasaran turut didorong oleh harapan bahawa varian Covid-19 baharu, Omicron tidak akan menjejaskan pemulihan ekonomi global.

Bagaimanapun, kenaikan seterusnya dihadkan oleh prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau yang rendah dan ringgit yang kukuh berbanding dolar AS.

Pada jam 5 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.2120/2145 berbanding dolar AS daripada 4.2370/2395 pada Isnin.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi SMR 20 menambah 5.5 sen kepada 749.0 sen sekilogram manakala susu getah pukal naik 7.5 sen kepada 589.5 sen sekilogram.

Artikel Berkaitan:

Pada jam 5 petang, harga penutup LGM bagi SMR 20 sebanyak 732.0 sen sekilogram manakala susu getah pukal sebanyak 583.5 sen sekilogram. -Bernama